YA ALLAH... SELAMATKAN ISLAM, ORANG-ORANG ISLAM DAN NEGARA ISLAM SELURUH DUNIA..
Al Quran
1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
Leandro Trossard joins Besiktas
-
The Belgian winger's three-and-a-half-year stint in north London has come
to an end after he completed his permanent move to the Turkish club
The Return Of "MakHangpa"
-
As-Salam semua,
Salam satu "MakHangpa"
Nampaknya agak lama blog ini menyepi..dengan kemunculan media-media social
yang baru, rata-rata orang semakin melup...
Arsenal bakal sambar Reus
-
Perkara wang tidak menjadi masalah utama untuk mendapatkan Reus. Reus
merupakan salah satu pemain yang berkualiti yang menjadi buruan kelab
ternama. Tapi...
.::2/14: sweet 26::.
-
*26 tahun...*
*Seorang hamba kepada Pencipta Maha Berkuasa,*
*Seorang anak kepada ayah mak tersayang,*
*Seorang kakak kepada 5 orang adik ceria,*
*Seorang ...
PEMUDA PAS SELANGOR LANCAR PERIT DI SHAH ALAM
-
Pemuda PAS Selangor lancar Perit di Shah Alam esok
JAN 24, 2014 HARAKAHDAILY
*KUALA LUMPUR:* Lanjutan daripada flashmob kempen kesedaran kepada
masyarakat t...
Adakah Lagi Pengampunan
-
Tatkala hati runsing jiwa kecewa
Mencari penawar pengubat luka
Mengintai jendela setenang air di kuala
Mencari ketenangan pada ayatNya
Lintasan hati permul...
'Hold tight to the rope of Allah..'
-
*The Glorious Qur’an says: "And hold fast,All together, by the rope which
Allah (stretches out for you), and be not divided among yourselves;"
[Al-Qur’an ...
Ada seorang pemuda yang bertahun belajar di luar negeri, kembali ke tanah airnya. Setelah sampai di rumah, dia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang ustaz, ulama' atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang 'alim ulama'.
Pemuda:Siapakah tuan? Adakah kamu boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Ulama' : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu.
Pemuda: Tuan yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Ulama' : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Allah itu wujud, tunjukan saya bukti wujudnya Allah
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke dalam neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab kedua-duanya memiliki unsur yang sama.. Adakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba ulama' tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa tuan marah kepada saya?
Ulama' : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang kamu ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya betul-betul tidak faham..
Ulama' : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sudah tentu saya rasa sakit.
Ulama' : Jadi kamu percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Ulama' : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu!
Ulama' : Itulah jawapan pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Allah S.W.T tanpa mampu melihatNya
Ulama' : Adakah semalam kamu bermimpi ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Ulama' : Adakah kamu pernah terfikir, kamu akan menerima satu tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Ulama' : Itulah yang dinamakan takdir.
Ulama' : Tangan saya yang menampar kamu diperbuat dari apa?
Pemuda: Kulit (Tanah).
Ulama' : Pipi kamu diperbuat dari apa?
Pemuda: Kulit (Tanah).
Ulama' : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Ulama' : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
sekarang anda mempunyai dua pilihan:
1. Baca dan buat tak tau je (..dan akan kena pulak
tamparan dari ' .................... ' )
2. Forward artikel ini kepada orang yang anda kenali atau tidak dan Insya Allah
keredhaan Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda
kirimkan.
Putraz April
|
Selasa, Januari 19, 2010
|
Politik
|
Manusia merupakan makhluk yang hidup bermasyarakat. Saling memerlukan antara satu sama lain untuk menyempurnakan keperluan hidup secara menyeluruh. Melalui tabiat manusia ini, maka wujudlah satu bentuk pemerintahan dan pentadbiran yang memastikan hidup manusia aman, terurus dan sistematik.
Politik bermula dalam kehidupan seharian kita. Dalam institusi kekeluargaan, ayah, ibu dan anak-anak mempunyai peranan masing-masing. Ayah sebagai ketua keluarga, ibu sebagai pembantunya dan anak adalah golongan yang dipimpin. Di sekolah ada guru besar, guru-guru dan murid-murid. Begitu juga di universiti dan di tempat kerja ada pemimpin dan ada golongan dipimpin.
Sistem pemerintahan yang wujud dalam sesebuah negara merupakan sebuah politik dalam kehidupanyang tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya dalam mencorak sistem sesebuah negara. Bermula dengan proses rakyat memilih pemimpin, pemimpin dilantik, memegang amanah, seterusnya mengurus dan mentadbir negara supaya berada dalam keadaan baik dan berjaya rakyat sejahtera bersama keredhaan Allah S.W.T. Nasib sesebuah negara terletak ditangan pemimpinnya. Bijak dan baguskah seorang pemimpin itu hanya dibuktikan dengan ketokohannya memimpin dan menyelesaikan masalah negara.
Dalam Islam pemimpin yang baik itu adalah pemimpin yang bertaqwa yang memastikan negara dalam keadaan baik dan mendapat keeampunan dari Allah S.W.T. Persoalannya adakah pemimpin sekarang menjadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah (sebaik-baik contoh).
عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضى الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسام يقول : انّ الله لايقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس ولكن يقبض العلم العلماء حتى اذا يبق عالما اتخذ الناس رؤساء جهالا فسْلوا بغير علم فضلوا وأضلوا.
‘Daripada Abdullah bin Amru bin al-AshR.A katanya,”Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda” ”Sesungguhnya Allah tidak akan menarik ilmu daripada manusia begitu sahaja tetapi Allah menarik ilmu tersebut dengan mematikan para Ulama’ hingga apabila semua para Ulama’ telah mati maka orang ramai akan mengangkat orang-orang jahil menjadi pemimpin mereka, maka apabila mereka ditanya, mereka akan memberi fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan (akan menjawab dengan kejahilan mereka) dan mereka sesat lagi menyesatkan”.
Isu dan permainan politik yang sering dicanangkan di media masa, di warung kopi dan di mana sahaja menjadikan sesetengah golongan merasa muak dan beranggapan politik itu kotor dan tidak perlu untuk dirinya dan orang lain. Mereka mengatakan orang-orang politik hanya bercakap kosong, bertelagah sesama sendiri, saling menfitnah, mengagih kekayaan untuk diri sendiri dan kroni-kroni sedangkan rakyat masih meminta sedekah di sana sini, menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga barang dan sebagainya. Sedangkan para pemimpin hidup senang dan nyenyak tidur. Mana-mana parti politik pun sama sahaja kata mereka. Siapakah yang membuat mereka beranggapan politik itu kotor? Renung-renungkan...
Mari kita toleh ke belakang, bagaimana sejarah membuktikan ketokohan Rasulullah S.A.W berjaya dalam memimpin masyarakat Arab Jahiliyyah yang pada asalnya mengalami zaman kegelapan. Akal yang jahil, hati sekeras batu, nafsu meliar bermaharajalela. Rasulullah Berjaya merawat ‘sakit’ masyarakat Arab ini dengan ramuan wahyu pada peringkat awal dengan meniup roh tauhid.
Kemudian Baginda berhijrah bersama sahabat ke Madinatul Munauwarah dan menjadikan Madinah negara Islam yang pertama. Bagaimana Rasulullah mempersaudarakan puak Ansar dan Muhajirin. Mentadbir Madinah yang di dalam terdiri daripada tiga suku kaum iaitu Islam, Arab bukan Islam dan Yahudi dengan menyatukan sesama mereka dan berlandas hukum-hukum Islam.
Kemudian baginda kembali ke Mekah dengan Pembukaan Kota Mekah dan mengaplikasikan sistem Islam ke dalam setiap bidang seperti ekonomi, politik, budaya, pertahanan dan lain-lain. Buktinya Islam wujud mejadikan Arab sebuah Tamadun Islam yang berjaya.
Mengangkat pemimpin adalah tugas kewajipan kita demi memastikan negara dalam keadaan terurus, tetapi waspadalah memilih pemimpin kerana kita akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak, pemimpin mana yang kita pilih samada yang berilmu, beriman, bertaqwa sebagai pilihan atau yang jahil sesat lagi menyesatkan.
Manusia adalah khalifah Allah yang dilantik untuk mentadbir alam. Berpegang teguhlah dengan tali Allah, melaksanakan amanah yang diberi, Al Quran As Sunnah sebagai panduan, doa sebagai senjata mukmin. Sekian.
Yang baik dari Allah yang tidak baik dari kelemahan diri saya.
Putraz April
|
Rabu, Disember 30, 2009
|
Syari'ah
|
1. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati." (HR. Bukhari)
Keterangan:
Khusus untuk hadith no.1 ini saya ambil dari kitab Ringkasan Sahih Bukhari karya Al-Albani, karana saya lihat erti (terjemahan) yang bersumber dari buku 1100 Hadits Terpilih ini kurang tepat. Disana disebutkan, "Barangsiapa terperosok ke dalam hal yang syubhat (perkara-perkara yang diragukan hukumnya) maka dia terperosok dalam yang haram." Padahal kalimat yang tepat bukan menyatakan "pasti", tapi "hampir-hampir" terperosok kepada yang haram. Wallaahu'alam.
2. Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw: "Apabila aku solat semua yang fardhu (yang wajib / solat lima waktu) dan puasa pada bulan Ramadhan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram dan tidak lebih dari itu, apakah aku bisa masuk surga?" Nabi Saw menjawab, "Ya." (HR. Muslim)
4. Orang yang mengharamkan sesuatu yang halal serupa dengan orang yang menghalalkan sesuatu yang haram. (HR. Asysyihaab)
5. Yang halal jelas dan yang haram jelas. Di antara keduanya ada perkara-perkara yang kelam (syubhat / kabur / samar-samar). (HR. Bukhari)
6. Akan datang satu masa dimana tiada seorangpun yang tidak makan wang riba. Kalau tidak ribanya maka ia akan terkena debunya. (HR. Abu Dawud)
7. Tiap tubuh yang tumbuh dari (makanan) yang haram maka api neraka lebih utama membakarnya. (HR. Ath-Thabrani)
Makanan dan Minuman
1. Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam surat Al Mukminun ayat 51:
"Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh." Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172:
"Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik."
Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: "Ya Tuhanku, Ya Tuhanku", sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim)
2. Wahai Sa'ad, perbaikilah (sucikanlah) makananmu, niscaya kamu menjadi orang yang terkabul do'anya. Demi yang jiwa Muhammad dalam genggamanNya. Sesungguhnya seorang hamba melontarkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama empat puluh hari. Siapapun yang dagingnya tumbuh dari yang haram maka api neraka lebih layak membakarnya. (HR. Ath-Thabrani)
3. Janganlah kamu memberi makanan yang kamu sendiri tidak suka memakannya. (HR. Ahmad)
4. Sesungguhnya termasuk pemborosan bila kamu makan apa saja yang kamu bernafsu memakannya. (HR. Ibnu Majah)
5. Rasulullah Saw berkata kepada Umar bin Abi Salamah, "Wahai anak, ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah dari apa yang ada di hadapanmu". (HR. Bukhari)
6. Orang yang paling kenyang makan di dunia akan menjadi paling lama lapar pada hari kiamat. (HR. Al Hakim)
7. Apabila kamu lupa menyebut "Bismillah" pada awal makan hendaklah mengucapkan: "Bismillah pada awal dan akhirnya". (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)
8. Apabila sampai masa untuk makan malam lalu terdengar suara azan oleh muazin maka dahulukan makan malam. (Abu Hanifah)
Keterangan:
Hal ini berlaku khusus untuk solat Isya’ karana waktunya panjang.
9. Hidangan makanan untuk dua orang seharusnya cukup untuk tiga orang dan makanan untuk tiga orang cukup untuk empat orang. (HR. Bukhari)
10. Barangsiapa makan bawang putih atau bawang merah hendaklah menjauhi kita atau menjauhkan diri dari masjid kita dan sebaiknya tinggal di rumahnya. (HR. Bukhari)
Keterangan:
Sesungguhnya malaikat merasa terganggu dengan bau bawang merah dan bawang putih sebagaimana manusia pun merasa terganggu dengan bau tersebut. Namun jika bau tersebut boleh hilang, misalnya dengan bersugi atau gosok gigi dengan berus gigi atau berkumur dengan zat penghilang bau, maka diperbolehkan untuk ke masjid dan berkumpul dengan kaum muslimin lainnya.
11. Sejukkanlah makanan, sesungguhnya yang panas-panas tidak ada berkatnya. (HR. Al Hakim dan Ad-Dailami)
12. Thariq bin Suwaid Ra bertanya kepada Nabi Saw tentang khamar (arak) dan beliau melarangnya. Lalu Thariq berkata, "Aku hanya menjadikannya campuran untuk ubat." Lalu Nabi Saw berkata lagi, "Itu bukan ubat tetapi penyakit." (HR. Ahmad)
13. Rasulullah Saw melarang orang meniup-niup makanan atau minuman. (HR. Abu Dawud)
Keterangan:
Meniup-niup makanan dan minuman yang panas biasa dilakukan dengan tujuan agar cepat sejuk, dan hal ini dilarang oleh Nabi. Hendaknya makanan atau minuman tersebut dibiarkan saja atau disejukkan dengan metode lainnya selain meniup dengan mulut, misalnya dengan kipas angin.
14. Tidak ada susu yang lebih baik (unggul) daripada air susu ibunya (ASI). (HR. Ar-Ridha)
15. Rasulullah Saw melarang kami minum dan makan dengan bekas makanan dan minuman dari emas dan perak. Beliau juga melarang kami berpakaian sutera dan yang dijahit dengan benang sutera dengan sabdanya, "Itu untuk kaum musyrikin di dunia dan untuk kamu di akhirat. (Mutafaq'alaih)
Keterangan:
Khusus untuk kaum wanita (muslimah) diperkenankan untuk menggunakan perhiasan dari emas dan perak, serta memakai pakaian sutera dan pakaian yang dibordir dengan sutera (yang terdapat suteranya), namun hal tersebut diharamkan untuk kaum lelaki (muslimin). Khusus untuk kaum lelaki yang mempunyai penyakit gatal-gatal (penyakit exim) yang umumnya sering menggaru-garu pada kulit yang gatal tersebut, maka menggunakan pakaian sutera diperbolehkan untuk mereka. Hal tersebut pernah dialami oleh Zubair dan Abdur Rahman bin 'Auf, dan Rasulullah pun mengizinkannya.
16. Bertamu itu hanya tiga hari lamanya dan pemberian bekal perjalanan bagi tamu hanya untuk sehari semalam. Tidak halal bagi seorang muslim bertamu di rumah saudaranya semuslim sehingga menyebabkannya berdosa. Para sahabat bertanya, "Bagaimana sampai menyebabkan tuan rumah berdosa?" Nabi menjawab: "Dia bertamu sedang tuan rumah hampa tidak punya sesuatu apapun untuk dijamukan kepada tamunya". (HR. Ahmad)
17. Rasulullah Saw melarang orang yang minum dengan membalik mulut teko langsung ke mulutnya. (HR. Bukhari dan Muslim)
Keterangan:
Dilarang minum langsung dari tempat minum yang digunakan oleh banyak orang, misal minum terus dari botol air, teko dan wadah-wadah lainnya. Seharusnya dituangkan dulu ke dalam gelas, lalu meminumnya dari gelas tersebut.
Pengubatan dan Penyakit
1. Mereka bertanya, "Ya Rasulullah, apakah kami berubat?" Beliau menjawab, "Ya, wahai hamba-hamba Allah. Sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit yaitu penyakit tua (pikun)". (HR. Ashabussunnah)
2. Allah menurunkan penyakit dan menurunkan pula ubatnya, diketahui oleh yang mengetahui dan tidak akan diketahui oleh orang yang tidak mengerti. (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Barangsiapa mengubati sedang dia tidak dikenal sebagai ahli pengobatan maka dia bertanggung jawab. (HR. Ibnu Majah)
4. Apabila terjadi dalam satu negeri suatu wabah penyakit dan kamu di situ janganlah kamu ke luar meninggalkan negeri itu. Jika terjadi sedang kamu di luar negeri itu janganlah kamu memasukinya. (HR. Bukhari)
5. Wafat karana wabak adalah mati syahid. (HR. Bukhari)
Penjelasan:
Tidak setinggi darjat gugur di jalan Allah.
6. Janganlah orang sakit mengunjungi orang sihat. (HR. Bukhari dan Muslim)
7. Sebaik-baik menjenguk orang sakit adalah berdiri sebentar (tidak berlama-lama) dan ta'ziah (melawat ke rumah duka) cukup sekali saja. (HR. Ad-Dailami)
8. Allah tidak menjadikan penyembuhanmu dengan apa yang diharamkan atas kamu. (HR. Al-Baihaqi)
Penjelasan:
Yang haram tidak dapat dijadikan ubat untuk menyembuhkan penyakit.
9. Apabila seseorang yang sakit diantara kamu menginginkan sesuatu makanan, berikanlah. (HR. Ibnu Majah)
10. Mohonlah kepada Allah keselamatan dan afiat (kesihatan). Sesungguhnya tiada sesuatu pemberian Allah sesudah keyakinan (iman) lebih baik daripada kesihatan. (HR. Ibnu Majah)
11. Larilah dari penderita lepra (sakit kusta peringkat awal) sebagaimana kamu lari dari harimau. (HR. Bukhari)
12. Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan sesuatu kebaikan maka Allah berfirman kepada malaikat: "Catatlah bagi hambaKu pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sihat." (HR. Abu Hanifah)
13. Rasulullah Saw ditanya tentang azal (mengeluarkan air mani diluar kemaluan istri). Beliau lalu menjawab, "Lakukanlah yang kamu pandang baik dan apa yang telah ditakdirkan Allah pasti akan terjadi, dan bukan kepastian bahwa dari tiap air mani dapat terjadi anak. "(HR. Al Hakim)
Putraz April
|
Isnin, Disember 21, 2009
|
Akhlak
|
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku.. jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapnya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sehingga beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawa makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, apakah kebiasaan kekasihku pernah lakukan yang belum aku lakukan?".
Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah ku, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja"
"Apakah itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA datang kepada pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mula menyuapnya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu?".
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa".
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangi ku itu selalu menyuapi aku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut (agar mudah di makan), setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan kata-katanya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu ia menjadi muslim.
Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak.
Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus peratus, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.
Putraz April
|
Isnin, Disember 14, 2009
|
Akhlak
|
Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah (rolemodel terbaik) buat seluruh makhluk di dunia ini. Saidatina Aisyah pernah berkata” Rasulullah SAW adalah Al Quran yang hidup..”.Tapi pandangan orang yang tak faham agama dan jahil masa sekarang menganggap sunnah adalah kolot dan tak membawa kemajuan..Sedang kan sunnah memenuhi semua aspek dalam kehidupan kita seperti politik, ekonomi, kesihatan dan lain-lain lagi… Di sini saya cuba dedahkan sedikit tentang keperibadian Rasulullah SAW yang saya dapat dari email buat santapan minda dan hati sebagai ilmu kepada kita bersama…
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullahmenampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susukambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihattiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum bagindamenyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantuurusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepatberangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat laparwaktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yangada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyahbelum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan yaKhumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yangbererti 'Wahai yang kemerah-merahan')Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahaiRasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasasaja hariini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkalamelihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapaengkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keraskepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadiaku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s.. a. w.'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepadaanak-anakmu?'
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelakiadalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,sabar dan tawadhuknyabaginda dalam menjadi ketua keluarga langsungtidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh parasahabat, pergerakan baginda antara satu rukun kesatu rukun yang lain amatsukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olahsendi-sendipada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antarasatu sama lain. SayidinaUmar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itulangsung bertanya setelahselesai bersembahyang,
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuanmenanggung penderitaan yangamat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' Jawab Rasulullah, 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.''Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuanmenggerakkan tubuh, kamimendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuhtuan? Kami yakin engkausedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Parasahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelaikain yang berisi batukerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kalibergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapardan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak parasahabatku. Aku tahu, apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapiapakah akan aku jawab dihadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepadaumatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelaktidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan diAkhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpunmakan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nyadirentap dengan kasar olehseorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingsi Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swtdan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolaksama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketikadi depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnyauntuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinyasudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggungkemahuan jiwanya yangtinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'YaRasulullah, bukankahengaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masihbersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankahaku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nyayang bersyukur.'
Rasulullah s. a. w. bersabda,' SAMPAIKANLAH PESANKUWALAUPUN SEPOTONGAYAT..'
Assalamu'alaikum... Blog ini adalah blog peribadi Putraz April... Apa yang terdapat di sini adalah hasil nukilan dan ilham yang Allah SWT beri kepada Putraz dan dari berbagai sumber... Sebarang kecacatan atau kesalahan yang terdapat di sini sila perbetulkan dan beri tunjuk ajar...Yang baik daripada Allah dan yang tidak baik datangnya daripada Putraz sendiri...
1) “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)
2)“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...
Saya bukan mesin ATM?
-
Suami minta masak, isteri cakap:
“Saya bukan tukang masak”
Tiba Tiba ular masuk dalam rumah, suami pun halau ular, tanpa jerit:
“Saya bukan bomba”
Tak la...