-

-
YA ALLAH... SELAMATKAN ISLAM, ORANG-ORANG ISLAM DAN NEGARA ISLAM SELURUH DUNIA..

Al Quran

1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)


Jom support ISLAM.. Boikot Yahudi DAN Nasrani..

Waktu Solat

.

.
Waktu Solat Kawasan Anda ?

...Pesanan...

Enhanced with Snapshots

Blog-GempaQ


Martabatkan Sekolah Agama Rakyat....

Rakan Seperjuangan

Memaparkan catatan dengan label Amalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amalan. Papar semua catatan

Kepentingan Saf Solat




MENJADI kebiasaan bagi imam bertugas mengungkapkan hadis Rasulullah SAW ketika berdiri mendirikan solat jemaah. Ucapan itu bukan direka tanpa tujuan kerana kata itu sahih daripada mulut Rasulullah SAW.

Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna." (Hadis Riwayat Muslim)

Namun, seruan itu sering diabaikan masyarakat yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW, tetapi memandang ringan seruan Baginda. Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mengikut sunnah Baginda. 

Anas berakta, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
"Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah. Kedua, taat ibu bapa selagi tidak melanggar perintah Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut ketaatan terhadap perintah mereka, apakah pula alasannya tidak mengendahkan perintah Rasulullah SAW sedangkan kedudukan cinta terhadap Baginda lebih tinggi berbanding ibu bapa.

Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda seperti firman Allah bermaksud: 



"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran, ayat 31)

Mungkin ada yang tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat serta dalam saf lurus. Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan bertemu kaki ketika solat jemaah.

Ketahuilah bahawa dalam sunnah yang dipandang ringan ini, terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam kini.

Daripada Abu Masud, katanya: 
"Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah." (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri mewujudkan perpaduan utuh di kalangan sahabat dengan menyempurnakan saf. Ini terbukti apabila generasi yang ditarbiah Rasulullah SAW amat menjaga perpaduan dan tidak mementingkan diri seperti puak Muhajirin serta Ansar yang dapat disatukan.

Ada pihak beranggapan tidak sempurna saf jika kanak-kanak solat bersama, tetapi tidak pula rasa solatnya tidak sempurna jika saf tidak lurus.

Setiap kali solat Jumaat atau hari raya, jemaah bersembahyang di luar atau di pekarangan masjid kerana ruangan dalam sudah penuh. Jika semua mementingkan susunan saf yang betul dan lurus, pasti ada jemaah berpeluang solat di dalam masjid.

Jika benar ikhlas cintakan Rasulullah SAW dan ingin mengeratkan perpaduan Islam, ikut sunnah nabi supaya merapatkan serta meluruskan saf supaya hilang perasaan ego dan sombong sebaliknya lahir rasa kasih sayang.
Bila bilal boleh qamat?

Bilal hanya boleh qamat setelah diizinkan oleh imam, iaitu setelah imam berada di tempatnya. Ini kerana imam mungkin belum bersedia untuk memulakan sembahyang, mungkin fikirannya masih bercelaru dan boleh menjejaskan prestasi sembahyangnya.

Adakah bacaan bagi Imam selepas qamat, sebelum memulakan solat?

Rasulullah s.a.w. terus memulakan sembahyang selepas qamat. Hanya ulama yang mengsyorkan membaca bacaan seperti Surah An-Nas. Yang lebih berkesan ialah istigfar (mengucapkan Astagfirullah). Apabila diucapkan “Qadqamatissalah” yang bermaksud “sembahyang telah didirikan”, makruh dilengah-lengahkan dengan membaca pelbagai bacaan yang terlalu panjang atau bacaan yang mengambil masa yang panjang.

Betulkan saf sebelum qamat

Nabi s.a.w juga membetulkan saf sebelum Qamat. Rapatkan saf dengan merapatkan bahu dan samakan tumit kaki. Tidak perlu merapatkan kaki, hanya perlu samakan tumit iaitu belakang kaki.
  • “Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu-bahu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)
Rapat Saf, rapat perpaduan

Rapatkan saf, nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (mencetuskan perpaduan). Walaupun benda ini nampak kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Ghazali, Bidayatul Hidayah).
  • Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata :
“Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)
Allah terima sembahyang yang sempurna safnya.

Berikan penghormatan kepada Allah, secara zahirnya dengan meluruskan dan merapatkan saf sepertimana askar memberi penghormatan kepada ketuanya yang memeriksa perbarisan.

Syaitan tidak masuk saf yang rapat

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97)

Saf yang rapat tidak dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Begitu juga rumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak masuk), atau makanan yang ditutup dan dibaca Bismillah

……Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)

Continue reading...

Kelebihan Membaca dan Menghafal al-Quran




Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat Malaysia lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”,  akan mendapat 2 ganjaran :

·         Ganjaran di dunia.
·         Ganjaran di akhirat.

Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golonganHamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka:

·         Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)

·         Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

·         Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

·         Al-Quran menjanjikan kebaikan.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat

·         Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

“Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini”.
(Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

·         Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong).

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

·         Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf “.
(Riwayat Tarmizi)

Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
Continue reading...

Anjuran Untuk Bekerja



Pada suatu ketika para sahabat memuji seseorang dihadapan Rasulullah SAW. Lantaran seseorang itu sepanjang waktu tiada henti-hentinya berdoa, berzikir.
Mendengar kisah itu Rasulullah bertanya, -Bagaimanakah atau siapakah yang memenuhi keperluan hidup orang itu dan keluarganya?  -Para sahabat menjawab, "Kami memenuhi keperluan orang itu dan keluarganya. "
Maka Rasulullah bersabda, " Kalian lebih baik dari dia."


Islam melarang umatnya menjadi penganggur. Bekerja, mencari nafkah dianjurkan bagi setiap orang yang beriman.
Apapun jenis pekerjaannya asalkan halal lebih terpuji daripada menganggur. Dengan bekerja maka kaum muslimin dapat bersedekah dan mengeluarkan zakat dan melakukan amal-amal saleh sebanyak mungkin.





-Dan katakanlah (hai Muhammad), " Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu..." - [QS At Taubah; 9:105]


Kewajiban manusia untuk bekerja telah banyak dicontohkan dalam kisah kehidupan para Nabi Allah SWT. Dalam hadith disebutkan, bahwa Nabi Adam A.S mencari nafkah dengan
bercocok tanam. Nabi Daud A.S adalah tukang besi, Nabi Idris A.S adalah seorang penjahit, Nabi Musa A.S adalah penggembala, Nabi Nuh A.S seorang tukang kayu.


Dan Rasulullah SAW pada masa mudanya adalah juga penggembala. Bahkan ketika telah diangkat menjadi Rasul, Nabi SAW masih bekerja memberi makan untanya, menambal sandal, menjahit pakaian serta menggiling gandum ketika pembantunya sakit. Bahkan Rasulullah juga pergi berbelanja ke pasar dan membawa belanjaannya sendiri. Sungguh agung dan mulia peribadi Rasulullah. Salam dan selawat buat Nabi SAW. 
[lm-5] [Dari berbagai sumber]
Continue reading...

Orang - Orang Yang Didoakan Oleh Malaikat



Allah SWT berfirman, 



"Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)


Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Sheikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37).


2. Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Sahih Muslim no. 469)


3. Orang - orang yang berada di saf  hadapan ketika solat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (Hadith ini disahihkan oleh Sheikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)


4. Orang - orang yang menyambung saf (tidak membiarkan kekosongan dalam saf). Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf " (Hadith ini disahihkan oleh Sheikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)


5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' selepas seorang Imam membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa mengucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)




6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia berada di tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia " (Al Musnad no. 8106, Sheikh Ahmad Syakir mengsahihkan hadith ini)


7. Orang - orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjama'ah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang ketika mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka ketika mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadith ini disahihkan oleh Sheikh Ahmad Syakir)


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapat apa yang ia dapat'" (Sahih Muslim no. 2733)


9. Orang - orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada satu hari pun di waktu pagi seorang hamba ada padanya melainkan 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut'" (Sahih Bukhari no. 1442 dan Sahih Muslim no. 1010)


10. Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadith ini disahihkan oleh Sheikh Al Albani dalam Sahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)


11. Orang yang menziarahi orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menziarahi saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang bila-bila saja hingga petang dan di waktu malam bila-bila saja hingga subuh" (Al Musnad no. 754, Sheikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya sahih")




12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim keatas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (disahihkan oleh Sheikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)




Sumber :
Disarikan dari Buku Orang - orang yang Didoakan Malaikat, Syaikh Fadhl Ilahi, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005
Continue reading...

Bersama Mencegah kemungkaran.......

    Tidak salah kalau saya katakan entry tajuk diatas boleh menjadi satu solgan atau satu nada kepada seluruh NGO yang meletakkan islam sebagai wadah perjuangan, apalagi yang NGO islam perlu melainkan satu itihad satu kesatuan satu unite untuk membentuk satu jemaah yang kuat bagi mewujudkan satu gabungan yang bersifat universal dan global.




   Apabila saya membaca entry di blog landaslangkawi, NGO islam telah bermesyuarat dan mewujudkan gabungan yang diberi nama GEMA, untuk membasmi dan dan menghapuskan arak di langkawi. Sekurang-kurangnya kalaupun tidak berjaya mengurang atau menghapuskan arak, gabungan ini diharap dapat menyedarkan masyarakat sekitar langkawi akan kesan arak terhadap mereka samaada dari aspek kesihatan mahupun agama.
   Saya yakin dan percaya kalau tindakan susulan dilakukan oleh gabungan ini pastinya masyarakat sekitar langkawi akan merasa berdosanya kalau membiarkan arak terus menjadi tetamu tanpa rela,membiarkan arak menjadi tegukan membasahi tekak peminum-peminumnya apatah lagi kalau si peminum itu remaja islam. 



   Sudah menjadi kewajipan GEMA gabungan yang mewajibkan diri mereka untuk menyedarkan masyarakat sekitar langkawi akan berdosanya kalau terus membiarkan cecair ini bermaharajalela di pulau nan indah ini. Sekurang-kurangnya kita harapkan dan kita berdoa agar cita-cita dan harapan GEMA mendapat pertolongan dari ALLAH S.W.T. Paling kurang kita harapkan masyarakat sekeliling langkawi dapat memahami pekerjaan murni GEMA untuk menyaksiukan cecair ini rebah sedikit demi sedikit.



   Oleh itu pandangan saya GEMA mestilah terus istiqomah dalam perjuangan menentang kebatilan arak ini yang semakin hari sudah dianggap perkara biasa dan biasa dan biasa sudah tidak dianggap berdosa. Kita harapkan sesudah kempen GEMA ini dijalankan masyarakat sekitar langkawi paling kurang tidak lagi menyokong premis-premis yang menjual arak kepada masyarakat Islam.


Bersama Mencegah Kemungkaran.............................
http://pemburuhelang.blogspot.com

Continue reading...
Related Posts with Thumbnails
 

من أنا

Foto saya
Putera tunggal dan kesayangan pasangan bahagia Zaharah binti Ya'akob & Allahyarham Ismail bin Othman (NIRWAN ANANDA)..

Tetamu

Dari M@t@ Ke H@ti Copyright © 2009 Not Magazine 4 Column is Designed by Ipietoon Sponsored by Dezigntuts