Anjuran Untuk Bekerja



Pada suatu ketika para sahabat memuji seseorang dihadapan Rasulullah SAW. Lantaran seseorang itu sepanjang waktu tiada henti-hentinya berdoa, berzikir.
Mendengar kisah itu Rasulullah bertanya, -Bagaimanakah atau siapakah yang memenuhi keperluan hidup orang itu dan keluarganya?  -Para sahabat menjawab, "Kami memenuhi keperluan orang itu dan keluarganya. "
Maka Rasulullah bersabda, " Kalian lebih baik dari dia."


Islam melarang umatnya menjadi penganggur. Bekerja, mencari nafkah dianjurkan bagi setiap orang yang beriman.
Apapun jenis pekerjaannya asalkan halal lebih terpuji daripada menganggur. Dengan bekerja maka kaum muslimin dapat bersedekah dan mengeluarkan zakat dan melakukan amal-amal saleh sebanyak mungkin.





-Dan katakanlah (hai Muhammad), " Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu..." - [QS At Taubah; 9:105]


Kewajiban manusia untuk bekerja telah banyak dicontohkan dalam kisah kehidupan para Nabi Allah SWT. Dalam hadith disebutkan, bahwa Nabi Adam A.S mencari nafkah dengan
bercocok tanam. Nabi Daud A.S adalah tukang besi, Nabi Idris A.S adalah seorang penjahit, Nabi Musa A.S adalah penggembala, Nabi Nuh A.S seorang tukang kayu.


Dan Rasulullah SAW pada masa mudanya adalah juga penggembala. Bahkan ketika telah diangkat menjadi Rasul, Nabi SAW masih bekerja memberi makan untanya, menambal sandal, menjahit pakaian serta menggiling gandum ketika pembantunya sakit. Bahkan Rasulullah juga pergi berbelanja ke pasar dan membawa belanjaannya sendiri. Sungguh agung dan mulia peribadi Rasulullah. Salam dan selawat buat Nabi SAW. 
[lm-5] [Dari berbagai sumber]

4 comments:

Perempuan Kalis Peluru on 8 Disember 2009 pada 2:49 PTG berkata...

salam ziarah.
aku suka entri ni.
dan aku harap semua org yang baca entri ni sedar akan apa yang kau tulis.sebab aku betul2 kurang senang dengan golongan yang suka hidup senang tanpa perlu berusaha dan org yang terus hidup susah tanpa pernah ada usaha

Putraz April on 9 Disember 2009 pada 8:16 PG berkata...

Shukran atas komen anda.... Bila ramai orang yg sedar nescaya gemilang lah Islam... Allahu Akbar!!!

tice on 11 Disember 2009 pada 7:49 PG berkata...

salams..

1 post yang amat BEIK dan perlu diHIGHLIGHTkan kepada masyarakat ISLAM amnya dan kaum BAPA yang mempunyai HOBI = MENGANGGUR..

Virus ini dah lama menular dalam masyarakat tanpa disedari mungkin kerana kaum ISTERI yang beik hati tidak sampai hati nak dedahkan penyakit ini demi anak-anak & family.mu ngkin nak menjaga imej n maruah..tapi meme wujud..

So,bagi sesaiapa jua yang sedang practise KEHIDUPAN sebegini,moga Allah bukakan pintu hati mereka untuk berusaha mengubah diri masing-masing dan menunaikan tanggungjawab masing-masing mengikut suruhan Allah..Insya-Allah akan BAHAGIA masa depan dan dapat rahmat ALLAH

Putraz April on 14 Disember 2009 pada 11:51 PG berkata...

benar kata anti...shukran

Related Posts with Thumbnails
 

من أنا

Foto saya
Putera tunggal dan kesayangan pasangan bahagia Zaharah binti Ya'akob & Allahyarham Ismail bin Othman (NIRWAN ANANDA)..

Tetamu

Dari M@t@ Ke H@ti Copyright © 2009 Not Magazine 4 Column is Designed by Ipietoon Sponsored by Dezigntuts