Kepentingan Saf Solat




MENJADI kebiasaan bagi imam bertugas mengungkapkan hadis Rasulullah SAW ketika berdiri mendirikan solat jemaah. Ucapan itu bukan direka tanpa tujuan kerana kata itu sahih daripada mulut Rasulullah SAW.

Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna." (Hadis Riwayat Muslim)

Namun, seruan itu sering diabaikan masyarakat yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW, tetapi memandang ringan seruan Baginda. Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mengikut sunnah Baginda. 

Anas berakta, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
"Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah. Kedua, taat ibu bapa selagi tidak melanggar perintah Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut ketaatan terhadap perintah mereka, apakah pula alasannya tidak mengendahkan perintah Rasulullah SAW sedangkan kedudukan cinta terhadap Baginda lebih tinggi berbanding ibu bapa.

Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda seperti firman Allah bermaksud: 



"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran, ayat 31)

Mungkin ada yang tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat serta dalam saf lurus. Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan bertemu kaki ketika solat jemaah.

Ketahuilah bahawa dalam sunnah yang dipandang ringan ini, terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam kini.

Daripada Abu Masud, katanya: 
"Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah." (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri mewujudkan perpaduan utuh di kalangan sahabat dengan menyempurnakan saf. Ini terbukti apabila generasi yang ditarbiah Rasulullah SAW amat menjaga perpaduan dan tidak mementingkan diri seperti puak Muhajirin serta Ansar yang dapat disatukan.

Ada pihak beranggapan tidak sempurna saf jika kanak-kanak solat bersama, tetapi tidak pula rasa solatnya tidak sempurna jika saf tidak lurus.

Setiap kali solat Jumaat atau hari raya, jemaah bersembahyang di luar atau di pekarangan masjid kerana ruangan dalam sudah penuh. Jika semua mementingkan susunan saf yang betul dan lurus, pasti ada jemaah berpeluang solat di dalam masjid.

Jika benar ikhlas cintakan Rasulullah SAW dan ingin mengeratkan perpaduan Islam, ikut sunnah nabi supaya merapatkan serta meluruskan saf supaya hilang perasaan ego dan sombong sebaliknya lahir rasa kasih sayang.
Bila bilal boleh qamat?

Bilal hanya boleh qamat setelah diizinkan oleh imam, iaitu setelah imam berada di tempatnya. Ini kerana imam mungkin belum bersedia untuk memulakan sembahyang, mungkin fikirannya masih bercelaru dan boleh menjejaskan prestasi sembahyangnya.

Adakah bacaan bagi Imam selepas qamat, sebelum memulakan solat?

Rasulullah s.a.w. terus memulakan sembahyang selepas qamat. Hanya ulama yang mengsyorkan membaca bacaan seperti Surah An-Nas. Yang lebih berkesan ialah istigfar (mengucapkan Astagfirullah). Apabila diucapkan “Qadqamatissalah” yang bermaksud “sembahyang telah didirikan”, makruh dilengah-lengahkan dengan membaca pelbagai bacaan yang terlalu panjang atau bacaan yang mengambil masa yang panjang.

Betulkan saf sebelum qamat

Nabi s.a.w juga membetulkan saf sebelum Qamat. Rapatkan saf dengan merapatkan bahu dan samakan tumit kaki. Tidak perlu merapatkan kaki, hanya perlu samakan tumit iaitu belakang kaki.
  • “Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu-bahu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)
Rapat Saf, rapat perpaduan

Rapatkan saf, nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (mencetuskan perpaduan). Walaupun benda ini nampak kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Ghazali, Bidayatul Hidayah).
  • Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata :
“Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)
Allah terima sembahyang yang sempurna safnya.

Berikan penghormatan kepada Allah, secara zahirnya dengan meluruskan dan merapatkan saf sepertimana askar memberi penghormatan kepada ketuanya yang memeriksa perbarisan.

Syaitan tidak masuk saf yang rapat

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97)

Saf yang rapat tidak dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Begitu juga rumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak masuk), atau makanan yang ditutup dan dibaca Bismillah

……Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

من أنا

Foto saya
Putera tunggal dan kesayangan pasangan bahagia Zaharah binti Ya'akob & Allahyarham Ismail bin Othman (NIRWAN ANANDA)..

Tetamu

Dari M@t@ Ke H@ti Copyright © 2009 Not Magazine 4 Column is Designed by Ipietoon Sponsored by Dezigntuts