Bahaya Dan Padah Panadol


JANGAN AMBIL PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE

(TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN ANDA
…. ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
  “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
 Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.
Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

3 comments:

Putraz April on 6 Disember 2009 pada 4:06 PG berkata...

Assalamualaikum... Firman Allah," Jangan cenderong diri kamau ke arah kebinasaan.."

Perempuan Kalis Peluru on 10 Disember 2009 pada 4:11 PG berkata...

erk..habislah saye
*sambil gigit kuku*

Putraz April on 10 Disember 2009 pada 10:17 PG berkata...

sekarang ni byk produk2 yg dikeluarkn oleh org Islam yg menggunakn herba utk diamalkan seperti HPA dan lain2...herba lebih kpd vitamin,mineral,zat dan lain2 pd tubuh kita...dlm erti kata lain herba adalah tambahan tentera utk menentang virus.. tapi ubat2 kimia sbgai penahan sakit shj dan kdg2 dia boleh membunuh sel2 yg baik dlm bdn kita

Related Posts with Thumbnails
 

من أنا

Foto saya
Putera tunggal dan kesayangan pasangan bahagia Zaharah binti Ya'akob & Allahyarham Ismail bin Othman (NIRWAN ANANDA)..

Tetamu

Dari M@t@ Ke H@ti Copyright © 2009 Not Magazine 4 Column is Designed by Ipietoon Sponsored by Dezigntuts